Pasca-Perang Dunia II Laksamana_Armada_(Amerika_Syarikat)

Pesaing terdekat untuk menerima pangkat laksamana armada ialah Laksamana Raymond A. Spruance. Namun, Ahli Dewan A.S. Carl Vinson, seorang penyokong kuat Laksamana Armada Halsey, dilaporkan beberapa kali menyekat kenaikkan akhir pangkat Spruance ke laksamana armada.[petikan diperlukan] Kongres kemudian membalas dengan meluluskan satu Akta Kongres, yang belum pernah berlaku pada seseorang individu, yang menyatakan bahawa Laksamana Spruance akan menerima gaji penuh seorang laksamana empat bintang disepanjang sisa hidupnya.

Laksamana Armada pertama yang meninggalkan tugas aktif ialah Ernest King yang bersara sejurus selepas tamatnya Perang Dunia II. Chester Nimitz dan William Halsey bersara dua tahun kemudian sementara William Leahy merupakan laksamana armada terakhir yang meninggalkan tugas aktif pada tahun 1949. Mengikut Undang-Undang Awam 78-482, laksamana armada pada tugas aktif menerima gaji yang sama dengan laksamana muda kanan (dua bintang) ditambah elaun peribadi sebanyak $5,000, dan apabila bersara memerima 75% dari gaji tugas aktif mereka.[4] Apabila Undang-Undang Awam 79-333 menjadikan pangkat kekal untuk Leahy, King, Nimitz, dan Halsey, ia juga menyediakan gaji penuh dan elaun apabila pegawai-pegawai tersebut bersara.[5]

Para laksamana armada Tentera Laut A.S.
NamaDilantikBersaraMati

William D. Leahy
Ernest J. King
Chester W. Nimitz
William F. Halsey, Jr.

15 Dis 1944
17 Dis 1944
19 Dis 1944
11 Dis 1945

Mac 1949
Disember 1945
Disember 1947
Mac 1947

20 Jul 1959 (84)
25 Jun 1956 (77)
20 Feb 1966 (80)
16 Ogs 1959 (76)

Tiga daripada empat orang laksamana armada meninggal dunia pada hujung tahun 1950an dan, menjelang tahun 1960, Chester Nimitz merupakan satu-satunya laksamana armada Tentera Laut A.S. yang masih hidup. Beliau memegang jawatan istiadat sebagai penasihat Tentera Laut kepada Sempadan Laut Barat dengan markasnya di San Francisco. Nimitz meninggal dunia pada tahun 1966 dengan tiada lagi laksamana armada dilantik selepas itu. Dasar semasa Tentera Laut Amerika Syarikat adalah bahawa laksamana armada mengekalkan pangkat di dalam peringkat kenaikkan dan boleh melantik seorang pegawai tugas aktif mengikut budi bicara Kongres Amerika Syarikat.